Tips Menjaga Penampilan Diri

Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

CB7E5517

Tips Menjaga Penampilan Diri| assalamualaikum semua…sory semalam aku tak sempat nak blogwalking dan jenguk blog angpa semua…aku bukan tak nak blogwalking tapi faham-faham lah bila internet dah macam kura-kura tak cukup kaki ni…semangat nak bw pun hancur…tapi hari ni aku harap internet aku ni tak lah selembab semalam….

hari ni aku nak bagi sedikit Tips Menjaga Penampilan Diri…hmm.tip ni aku selalu gak praktikkan maklumlah penampilah diri ni amatlah penting bagi semua orang kan…

tip ni mungkin anda semua dah biasa lakukan dan biasa dengar tapi korang baca lah gak k..buat penat jer aku tulis kalau korang tak nak baca….ok dah la aku tak nak membebel panjang…jom kita masuk ke agenda utama kita…

6 Tips Bagaimana Untuk Tampil Lebih Yakin Setiap Hari

Cara Menjaga Penampilan Diri

Peka terhadap kebersihan

Badan yang bersih mampu mengelakan anda dari sebarang penyakit. Sedar atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanitaa dakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (berkuku hitam, nafas berbau dan berkelumumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah “TIDAK”. Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang ‘bermasalah’ secepat mungkin.

Cergas dan cerdas serlahkan penampilan

Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan dan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.

Lebih penjagaan untuk kulit wajah

Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghapiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

Amalkan sikap berbudi bahasa

Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta. menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.

ok itulah yang aku dapat kongsikan..lain kali kalau aku ada tip lain lagi aku kongsi ok…

Comments

  1. bdak mahu maco says

    salam….saya ada masalah….saya nk tnya bgai mna mahu menyingkirkan bau badan…rmai orng kurang berkawan dngan saya kerana bau badan…saya nk thu bgai mna caranya sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge