UNIMAP MUNCUL UNIVERSITI CEMERLANG - Faizal Fredley

UNIMAP MUNCUL UNIVERSITI CEMERLANG

KANGAR 14 Sept. – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menggondol 13 pingat dan tiga anugerah lain dalam Invention, Innovation & Design (IID Kedah) 2010 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di universiti itu, baru-baru ini.
Kemenangan besar itu diraih oleh para penyelidik muda dan pensyarah universiti tersebut sambil mengetepikan para pesaing lain yang tidak kurang hebatnya.

Dalam program di UiTM itu, menyaksikan para penyelidik muda yang terdiri daripada mahasiswa tahun dua dan tahun akhir Unimap paling banyak memenangi pingat dengan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa.

Daripada 13 emas itu pula, satu daripada pingat emas kategori mahasiswa diraih melalui Intan Fazliana Fauzi dengan penyelidikan CdTe Solar Cell; Siti Nadherah Mohamad, Mohd. Azrie Awang, Taufiq Aminullah Mokhtar dan Nur Azira Iqlima Azmi pula menerusi Production Of Bioethanol From Paddy Straw manakala Hanis Azimah Mohd. Bokeri dan Alida Abdullah melalui Plast-Shred Paper Composite.

Bagi kategori profesional pula, penyelidik Unimap menggondol dua emas, satu perak dan tiga gangsa.
Salah satu pingat emas dikutip menerusi produk Novel Green Concrete Brick dari kumpulan penyelidik Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Prof. Madya Che Mohd. Ruzaidi Ghazali, Mohammad Tamizi Selimin dan Norazian Mohamed Noor.

Satu lagi pingat emas menerusi produk Halal Logo Verification Device oleh Shayfull Zamree Abd Rahim, Prof. Madya Abdul Rahman Mohd. Saad, Mohd. Azaman Md. Deros, Muhamad Farizuan Rosli dan Mohd. Sazli Saad.
Pada masa yang sama, dua lagi produk daripada mahasiswa Unimap dianugerahkan Petak Terbaik kategori perak melalui produk Stress Cooler dan Abelmoschus Esculentus As A Flocculant To Remove Turbidity In Wastewater.
Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menyifatkan kejayaan itu tidak akan menjadi realiti sekiranya tiada komitmen daripada semua pihak dan yang paling penting adalah penubuhan kelab penyelidik muda yang diilhamkan beliau sendiri iaitu ENVEX Young Reseacher Club.

Kelab itu bertujuan membantu mahasiswa Unimap dan para pelajar sekolah bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan daripada semua aspek, termasuk persediaan untuk menyertai pertandingan.
Katanya, kelab yang baru sahaja ditubuhkan itu akan mengorak langkah ke sekolah-sekolah di utara Semenanjung dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membina budaya inovasi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Selepas ini, mahasiswa Unimap yang terpilih itu akan menyertai pertandingan Ekspo Inovasi Islam anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

HEHE..AKU BANGGA JADI MAHASISWA UNIMAP…




“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

2 Comments

  1. lvksjjr

    October 12, 2010 at 11:58 AM

    1NxZ03 fzifulynlgqv, [url=http://zaxonlmpgwqr.com/]zaxonlmpgwqr[/url], [link=http://hnvaqgftjnjv.com/]hnvaqgftjnjv[/link], http://cesvnubtzsqh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge