CARA MEMUJUK AWEK YANG MERAJUK

Tengah syok² “ngedate” tiba² awek korang buat muka empat belas, muncung dier dah panjang sejengkal, bijik mata dier jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. Pendek kata awek korang tu dah merajuk ler.. Tau ker korang camner nak “mengayat” mood awek korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tip kat bawah neih.. Huhu!
SENYUM > sebelum merajuk mesti start gadoh² dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.

BUAT LAWAK > Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal² bertelur dahi korang. Kalau menjadi, silap² awek korang yang merajuk tu terkekeh² ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

? BELI HADIAH > Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidam²kan oleh awek korang yang tengah merajuk tu. Kompem terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS > Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik enpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.

BUAT BODOH > Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Kompem awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Heheh!

MERAJUK BALIK > Tip ni paling berkesan dalam memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah tentu ler dier pulak kena pujuk korang.. Tapi kalo dier pulak pakai tip “buat bodoh” kat atas ni, dak Qis tak bertanggungjawab.. Huahuahuahua! =þ

  

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

2 Comments

  1. coupe

    August 1, 2011 at 1:47 PM

    kekadang ada yg kita blh pujuk…
    kekadang ada yg kita jgn pujuk…

    TQ.

  2. zaza

    July 2, 2010 at 1:41 AM

    perhhh!! tips merajuk balik tu mmg wat aku panas jer… hehe..

    ade plak aku tgh majuk, dia pun nk majuk jgk… ooooo tidaakkkkk… hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge