DURBAN – Switzerland memalukan juara Eropah Sepanyol 1-0 pada aksi Kumpulan H Piala Dunia 2010 semalam.
Gelson Fernandes menjadi pemusnah terhadap impian pasukan pilihan itu apabila bijak menyambar peluang untuk meledak gol kemenangan Switzerland pada minit ke-52.
Sepanyol yang banyak menguasai permainan terus buntu untuk mencari penyudah meskipun dengan kemasukkan Fernando Torres pada separuh masa kedua.
“Mungkin kami terlalu tertekan untuk memang,” kata pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos.
Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, Chile memang 1-0 ke atas Honduras.
Jaringan tunggal Jean Beausejour pada separuh masa pertama membolehkan Chile mengutip tiga mata penuh untuk menggunguli kedudukan kumpulan bersama Switzerland.
Lebih manis ia merupakan kemenangan pertama Chile dalam tempoh 48 tahun selepas mereka menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia 1962 yang berlangsung di negara mereka.
Gol kemenangan itu hadir pada minit ke-34 selepas hantaran Mauricio Isla dari sebelah kanan cuba dikeluarkan pertahanan Honduras, Sergio Mendoza tetapi Beausejour lebih pantas untuk menolak bola ke dalam gawang.
Chile memang layak untuk memenangi pertembungan yang berlangsung di Stadium Mbombela itu kerana mereka dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan.

  

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge