Home LIFESTYLE BILA ISTERIKU PANDAI BERCHATTING

BILA ISTERIKU PANDAI BERCHATTING

1099
0
  
Pengajaran Buat Semua Isteri Dan Suami : BILA ISTERIKU PANDAI BERCHATTING!!!!
Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami. Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.

Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.

Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku.

Perbualan mereka di lobi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.

Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal.

Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi.

Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.

Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam……. aku pun menghidupkan lampu.

Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan… Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang.

Kesimpulannya………….

Jangan sesekali memberanikan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #######!!!??? !!!! dan melayari chatting……. Padah akibatnya….. kenapa perempuan lebih berani dari lelaki?

Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidakpuashatian hak? Nauzubillah…. sehingga begitu sekali ker dunia sekarang???????

wanita..oh..wanita….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge